Thursday, 18 August 2011

SIAPAKAH NOOR AZAHAR MOKHTAR?



   Salam Persahabatan...suatu ketika dulu saya merupakan seorang budak yang sangat PASIF!
 Sejak kecil saya memang dikenali sebagai budak yang pendiam serta pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan. Selalu rasa rendah diri membuat saya begitu takut untuk berada dikhalayak ramai dan saya lebih suka bersendiri.
  Dengan kelulusan setakat SPM Gred 2 & Diploma yang sekadar 'cukup makan'... saya memulakan kerjaya pertama sebagai Operator Pengeluaran di Kilang Epson...antara rutin harian saya adalah mengemop lantai dan menjaga mesin!
    Alhamdulillah saya memulakan kerjaya seterusnya sebagai Pegawai bank di Maybank dan bermulalah perjalanan hebat saya. Dilantik antara Pengurus termuda ketika berusia 25 tahun! Memegang jawatan di Cawangan terbesar di JB dan berkhidmat selama 15 tahun di Maybank!
     Mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan ketika berusia 37 tahun dan meninggalkan kerjaya sebagai Pengurus Maybank untuk menumpukan perhatian pada perniagaan saya. 
    Setelah menghadiri beberapa Seminar untuk kenali Potensi diri ini, saya mula mengenali POTENSI DIRI saya yang sebenar dan selama ini begitu lama 'TERSEMBUNYI'! ... "KENAPA ketika berumur 37 tahun baru aku tahu?"..itulah yang bermain difikiran setelah saya KENALPASTI sesungguhnya saya MEMILIKI begitu BANYAK KEHEBATAN dari POTENSI DIRI saya yang selama ini tidak saya sedari! 
   Dengan ILMU yang dipelajari..saya APLIKASIKAN dalam menjalani kehidupan seharian saya ... Alhamdulillah, KEJAYAAN demi kejayaan cemerlang saya gapai! 
      KINI saya MAMPU memukau ribuan hadirin yang datang ke Seminar saya... MAMPU Menghasilkan buku Motivasi pertama saya bertajuk "BACA" juga merupakan satu lagi pencapaian hebat saya!
     Satu TRANSFORMASI diri saya BUKTIKAN sesungguhnya setiap insan yang dicipta Allah mempunyai begitu BANYAK KEHEBATAN DIRI..CUMA bagaimana kita membongkar Rahsia Diri yang selama ini tersembunyi'!
       Seminar ini adalah satu Seminar untuk saya KONGSI ilmu yang dimiliki kepada mereka yang SERIUS ingin berubah dan melakukan satu TRANSFORMASI DIRI yang mungkin selama ini ‘tersembunyi’ dan tidak dibongkar utk menjadi insan yang lebih hebat! Semoga KEJAYAAN juga menjadi MILIK ANDA!

                    JANGAN RISAU! SEMINAR INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN 
                                    SEMINAR MLM@ SEMINAR PERNIAGAAN!